Pada tahun 1963, tertubuhlah sebuah sekolah Inggeris tanpa bangunan
diatas pemuafakatan beberapa orang penduduk Benut yang mempunyai wawasan yang
jauh ke hadapan merentasi masa dan waktu. Murid-murid ditumpangkan di sebuah
sekolah Melayu Benut. Pada tahun 1964, murid-murid dipindahkan ke sekolah Cina
Lok York Benut.
Tahun demi tahun berlalu, murid Sekolah SRI Benut
makin bertambah ramai. Maka Jabatan Pendidikan Johor telah membina sebuah
bangunan 2 tingkat 6 bilik darjah di kawasan Sekolah Menengah Benut. Maka
murid-murid berpindah sekali lagi ke bangunan baru. Oleh kerana muridnya ramai,
maka diadakan dua sesi. Murid Darjah Empat hingga Darjah Enam datang pada sesi
pagi dan murid darjah Satu hingga Darjah Tiga datang pada sesi petang.
Pada tahun 1985, sebidang tanah seluas 9.5 ekar di
Jalan Parit Ismail telah dipilih untuk pembinaan sebuah sekolah baru untuk
menempatkan murid-murid SRK Sri Benut. Pembinaan sekolah memakan masa hampir 2
tahun. Ada dua blok bangunan dua tingkat mengandungi 12 kelas, 1 perpustakaan,
1 bilik guru, 1 pejabat dan 2 stor. Sebuah padang permainan seluas 5 ekar. Kos
pembinaan ialah sebanyak RM570,686.00.
Pada 5 Julai 1987, maka sekali lagi murid dan guru
berpindah ke sekolah baru. Sekolah dirasmikan dengan gilang gemilang oleh Duli
Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ismail, pemangku Sultan Johor pada 25 Januari
1989. Turut serta ialah YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor,
pada ketika itu.
SRK Sri Benut telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan SRI
Benut pada tahun 1997. Guru Besar yang berkhidmat di sekolah adalah seperti
berikut:
Tahun berkhidmat
|
Nama Guru Besar
|
1963 – 1964
|
Encik Hassan Bin Hj.
Hashim
|
1964 – 1967
|
Encik Yeo Aik Thiam
|
1967 – 1974
|
Tuan Hj. Mohd Zain Bin
Hj. Hashim
|
1974 – 1983
|
Encik Abdul Wahab Bin
Sainollah
|
1983 – 30/09/1983
|
Encik Zainal Abidin Bin
Hj. Ibrahim
|
01/10/1983 – 15/05/1994
|
Tuan Hj. Ibrahim Bin Hj.
Ahmad
|
16/05/1994 – 16/05/1999
|
Tuan Hj. Ibrahim Bin
Embok Daing
|
16/05/1999 – 03/06/2011
|
Tuan Hj. Rahim Bin Ahmad
|
16/06/2011 – 02/01/2016
|
Puan Sukika@Sukira Binti
Mungai
|
03/01/2016 – 23/05/2017
|
Encik Mohd Taib Bin
Ahmad
|
16/06/2017 - SEKARANG
|
Tn. Hj. Khalil bin
Ibrahim
|
LENCANA SEKOLAH
Tafsiran Logo
1.
|
SRI BENUT
|
Nama asal sekolah ialah Sekolah Rendah Inggeris Benut
|
2.
|
Warna Kuning
|
Taat Setia kepada ajaran guru
|
3.
|
Warna Biru
|
Sifat rajin berusaha yang perlu ada pada diri murid
|
4.
|
Warna Merah
|
Semangat yang membara dalam menuntut ilmu dan mengejar cita-cita
|
5.
|
Warna putih
|
Jujur dan ikhlas dalam niat dan amalan
|
6.
|
Obor
|
Lambang guru yang membimbing dan memimpin
|
7.
|
Perisai
|
Pelindung dari kebodohan, malas dan sifat-sifat keji
|
8.
|
Api
|
Ilmu guru yang menerangi hidup murid
|
No comments:
Post a Comment