Pages

HEM

SEJARAH SEKOLAH


Pada tahun 1963, tertubuhlah sebuah sekolah Inggeris tanpa bangunan diatas pemuafakatan beberapa orang penduduk Benut yang mempunyai wawasan yang jauh ke hadapan merentasi masa dan waktu. Murid-murid ditumpangkan di sebuah sekolah Melayu Benut. Pada tahun 1964, murid-murid dipindahkan ke sekolah Cina Lok York Benut.

Tahun demi tahun berlalu, murid Sekolah SRI Benut makin bertambah ramai. Maka Jabatan Pendidikan Johor telah membina sebuah bangunan 2 tingkat 6 bilik darjah di kawasan Sekolah Menengah Benut. Maka murid-murid berpindah sekali lagi ke bangunan baru. Oleh kerana muridnya ramai, maka diadakan dua sesi. Murid Darjah Empat hingga Darjah Enam datang pada sesi pagi dan murid darjah Satu hingga Darjah Tiga datang pada sesi petang.

Pada tahun 1985, sebidang tanah seluas 9.5 ekar di Jalan Parit Ismail telah dipilih untuk pembinaan sebuah sekolah baru untuk menempatkan murid-murid SRK Sri Benut. Pembinaan sekolah memakan masa hampir 2 tahun. Ada dua blok bangunan dua tingkat mengandungi 12 kelas, 1 perpustakaan, 1 bilik guru, 1 pejabat dan 2 stor. Sebuah padang permainan seluas 5 ekar. Kos pembinaan ialah sebanyak RM570,686.00.

Pada 5 Julai 1987, maka sekali lagi murid dan guru berpindah ke sekolah baru. Sekolah dirasmikan dengan gilang gemilang oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ismail, pemangku Sultan Johor pada 25 Januari 1989. Turut serta ialah YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, pada ketika itu.

SRK Sri Benut telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan SRI Benut pada tahun 1997. Guru Besar yang berkhidmat di sekolah adalah seperti berikut:


Tahun berkhidmat
Nama Guru Besar
1963 – 1964
Encik Hassan Bin Hj. Hashim
1964 – 1967
Encik Yeo Aik Thiam
1967 – 1974
Tuan Hj. Mohd Zain Bin Hj. Hashim
1974 – 1983
Encik Abdul Wahab Bin Sainollah
1983 – 30/09/1983
Encik Zainal Abidin Bin Hj. Ibrahim
01/10/1983 – 15/05/1994
Tuan Hj. Ibrahim Bin Hj. Ahmad
16/05/1994 – 16/05/1999
Tuan Hj. Ibrahim Bin Embok Daing
16/05/1999 – 03/06/2011
Tuan Hj. Rahim Bin Ahmad
16/06/2011 – 02/01/2016
Puan Sukika@Sukira Binti Mungai
03/01/2016 – 23/05/2017
Encik Mohd Taib Bin Ahmad
16/06/2017 - SEKARANG
Tn. Hj. Khalil bin Ibrahim









LENCANA SEKOLAH


Tafsiran Logo


1.
SRI BENUT
Nama asal sekolah ialah Sekolah Rendah Inggeris Benut
2.
Warna Kuning
Taat Setia kepada ajaran guru
3.
Warna Biru
Sifat rajin berusaha yang perlu ada pada diri murid
4.
Warna Merah
Semangat yang membara dalam menuntut ilmu dan mengejar cita-cita
5.
Warna putih
Jujur dan ikhlas dalam niat dan amalan
6.
Obor
Lambang guru yang membimbing dan memimpin
7.
Perisai
Pelindung dari kebodohan, malas dan sifat-sifat keji
8.
Api
Ilmu guru yang menerangi hidup murid



No comments:

Post a Comment